Memaparkan catatan dengan label Celoteh Dari Meja Pengarang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Celoteh Dari Meja Pengarang. Papar semua catatan

Dugaan Bagi Diriku


Assalamualaikum...selepas berehat secukupnya kini sy kembali dlm arena penulisan di sini. Kali ini celoteh dari meja pengarang akan berceloteh tentang pengalaman sy berkunjung ke Kuala Lumpur. Pengalaman ini bagi sy begitu bermakna kerana pelbagai perkara dapat sy pelajari. Perjalanan sy bermula pd hari Sabtu, 31 julai 2010, jam 7.45 am dengan menaiki bas. Namun sehari sebelum bertolak masalah telah mula menyapa sy. Pada mulanya duit yg ada sudah sy rancang dgn sempurna utk kegunaan di Kuala Lumpur nanti. Tetapi seorang kawan sy telah meminta utk meminjam duit itu bagi kegunaan majlis yg akan diadakan pada keesokan malamnya di masjid. Oleh sebab duit itu digunakan utk kebaikan maka sy tidak berfikir lama utk memberi pinjam kepadanya.


Tetapi setelah memberi wang tersebut maka timbul pula masalah kewangan apabila sy di Kuala Lumpur nanti. Tambahan pula pada hari yg sama juga sy telah tersalah membeli tiket. Sepatutnya sy terus membeli tiket ke Kajang. Mudah utk sampai ke Serdang. Masalah kewangan, salah beli tiket dan dicampur lg sy tidak mahir lg berjalan di Kuala Lumpur telah membuat sy memicit kepala utk mengeluarkan idea. Sy mengambil keputusan mengajak seorang kawan yg kebetulan baru balik ke maktabnya utk menemani sy berjalan di Kuala Lumpur. Mungkin dia sudah biasa dgn selok belok di Kuala Lumpur. Jadi bolehlah dia membantu sy sedikit sebanyak. Sebenarnya sy ingin meminjam wang daripadanya juga.


Alhamdulillah, syukur pada Allah dan Rasul-Nya, masalah kewangan dan masalah tidak tahu jalan telah berjaya diselesaikan. Tetapi belum sempat menarik nafas lega sekali lg masalah menimpa sy. Kali ini adik sy menelefon dan meminta sy utk singgah sebentar ke kampus tempat dia belajar. Dengan itu datang lg masalah baru kepada sy iaitu masalah kewangan sekali lg dan masalah tidak cukup masa. Sudahlah sy telah tersalah membeli tiket ke stesen bas di Bukit Jalil. Kali ini sy diminta utk pergi ke Shah Alam pula sebelum dapat bergerak ke Serdang. Suatu perjalanan yg agak jauh dalam masa satu hari. Namun sy tiada pilihan. Akhirnya terpaksa juga sy pergi ke kedua-dua tempat itu. Mujur kawan sy masih lg sanggup menemani sy.


Sy tiba di stesen bas Bukit Jalil tepat jam 10 am. Kemudian tanpa berlengah sy terus mengambil LRT ke Masjid Jamek. Namun sebelum itu sy menelefon kawan sy utk memberitahunya kedudukan sy. Malang nasib sy kerana dia baru bangun tidur ketika itu. Kami telah berjanji utk berjumpa di KL Central. Tepat jangkaan sy, setibanya di KL Central sy terpaksa menunggu selama 10 minit lebih sebelum kawan sy tiba. Kemudian kami terus mengambil KTM menuju ke Batu 3 dengan perut yg kosong. Perjalanan menggunakan KTM dr KL Central ke Batu 3 mengambil masa selama hampir setengah jam. Ditambah lg dengan masa menunggu KTM tiba. Kira-kira hampir satu jam juga masa habis sebelum tiba di Batu 3.


Tepat jam 12.30 tengah hari akhirnya kami tiba di politeknik adik sy belajar. Tetapi sekali lg masa kami dilengahkan kerana masa itu adik sy sedang bermain ragbi. Kami terpaksa menunggu setengah jam lebih sebelum dapat berjumpa dengan adik sy. Setelah urusan semua selesai kami pun menyegerakan diri ke Serdang. Menunggu teksi di kampus adik sy bukanlah sesuatu yg mudah. Penat kami ke hulur dan ke hilir. Hampir 20 minit baru kami dapat duduk di dalam teksi. Perjalanan menaiki teksi ke stesen KTM mengambil masa selama 15 minit dan harga tambang juga meningkat dua kali ganda berbanding harga tambang utk ke kampus adik sy tadi. Sy merasakan mungkin pemandu teksi itu sengaja membawa kami ke stesen KTM Shah Alam daripada stesen KTM Batu 3 kerana inginkan keuntungan lebih. Siapa yg tahu....


Menunggu KTM di Shah Alam menuju ke Serdang mengambil masa yg lama juga. Kami terpaksa ke KL Central terlebih dahulu kemudian menukar stesen KTM dari KL Central ke Serdang. Banyak kerja perlu dibuat. Letih memang letih. Tambah lagi perut pun masih kosong tidak terisi. Sampai sahaja di Serdang sy segera ke UPM dan terus ke Pasaraya Mine. Waktu menunjukkan jam 4.30 pm. Agak kelewatan utk melepaskan hasrat hati.


Kami segera mengisi perut di KFC. Walaupun ayam di situ sudah beberapa kali masuk ke mulut ini dlm bulan ini tetapi bila perut sudah bergendang apa-apa sahaja pun boleh dimasukkan..huhu. Setelah selesai makan kami mengisi masa dengan bermain bowling. Usai mengerja segala aktiviti di Pasaraya Mine kami segera kembali ke UPM dan kemudian terus mengambil KTM pulang. Sy mengambil KTM terus ke Seremban manakala kawan sy pula terus ke KL Central utk kembali ke maktabnya.


Setelah puas menunggu KTM ke Seremban tiba, (masa tu dah dua KTM ke KL Central yg tiba), akhirnya baru sy dapat menaikinya. Setibanya di Seremban sy hampir pasrah apabila semua jurujual mengatakan tiada tiket ke Muar mlm itu. Jam menunjukkan pukul 9 malam. Tiba-tiba ada seorang lelaki yg bertanyakan kepada sy hendak pulang ke mana. Sy menjawab hendak ke Muar tanpa mengharapkan masih ada tiket. Alhamdulillah rupanya tiket masih berbaki lg pada malam itu utk ke Muar. Namun sy harus menunggu selama dua jam sebelum menaiki bas. Sy sebenarnya agak terkilan juga sbb tidak dapat menghadiri majlis kawan sy di masjid pada malam itu.


Bas yg sy naiki malam itu agak kelewatan sebenarnya kerana jam 2 am baru sy tiba di Muar. Sepatutnya boleh sampai awal sedikit tetapi kerana pemandu bas itu terlepas jalan jadi kami terpaksa melalui jalan yg jauh sebelum singgah sebentar di stesen bas di Melaka Sentral. Walaupun kelewatan dan kepenatan namun segalanya sy hadapi dgn redha. Mcm mane sekalipun akhirnya sy tetap sampai di rumah juga...huhu. Teringat pesanan habeeb Murshid bahawa kita perlu redha dgn setiap dugaan kerana setelah kita redha dgn setulus hati barulah datang hikmahnya pada kita. Jadi bagi kita yg sentiasa dirundung dgn pelbagai masalah ataupun kecelaruan, bersabarlah. Jangan terlalu cepat mengeluh. Jangan juga terlalu pantas utk berputus asa. Hadapilah ujian dan dugaan itu dgn tabah. Insya-Allah ada sinar diakhirnya nanti. Senyum-senyumlah selalu...hehehe



Antara Realiti dan Hakikat


Assalamualaikum. Bertemu kita utk pertama kalinya mengupas isu-isu semasa di ruangan celoteh dari meja pengarang ini. Sebelum menyambung penulisan, sy ingin memberi gambaran dahulu tentang apa yg akan sy tulis sebentar lg. Pemikiran ini timbul semasa sy keluar makan bersama-sama rakan-rakan di kedai makan. Dan apabila direnung serta diperhatikan memang telah berlaku dan akan berlaku isu-isu seperti ini. Rasa-rasanya apa ek?huhuhu

Kalaulah kita membuka mata kita ketika berjalan di shopping complex atau kedai-kedai makan atau juga di panggung wayang pasti kita akan terperasan satu perkara. Lihatlah pada pasangan-pasangan yg keluar bersama itu, baik yg sudah kahwin ataupun yg belum berkahwin lg. Apakah yg akan kita perasan? Bg sy dan rakan-rakan kami pasti akan terperasan satu perkara ini iaitu perbezaan rupa yg ketara pd setiap pasangan. Sy dapati kebanyakan pasangan jika si lelaki memiliki wajah yg tampan pasti akan berlaku perkara sebaliknya pd pasangannya. Begitu juga bg perempuan. Kadang-kadang kalau lihat memang cair lelaki memandang. Org kata segar mata bila melihat. Tp apabila melihat pd pasangan perempuan itu pasti akan rasa seperti satu perasaan yg tidak puas hati. Yela..perbezaan rupa mereka mmg tersangat ketara. Akan keluar juga pertanyaan ini di dlm hati, "Nape la perempuan ni pilih pakwe yg rupa mcm ni".

Dan persoalan sekarang ini yg akan sy bangkitkan ialah mengapa fenomena ini banyak berlaku sekarang? Mengapa sukar menemukan pasangan yg sama-sama kacak dan sama-sama cantik. Mengapa perkara ini berlaku? Mari kita bincangkan bersama-sama. Dan mungkin juga jawapan yg popular yg akan keluar dari mulut pembaca ialah "Da jodoh diorang, nk wat mcm mane"...huhuhu.

Kadang-kadang ada juga mereka-mereka yg ckp, "Maybe rupe tak same tp mungkin hati diorang sama kot". Ada juga yg menjawab balik, "Tp selalu fitrah alam ni kalau isteri baik dpt suami yg x reti nk hargai, kalau suami baik isteri pulak yg curang".

Dan ada pula yg mengatakan, "Mungkin orang yg ada kelebihan pd rupa ni diorang takkan ada kelebihan sama pd pasangan diorang kot". Tp kalau lihat ada juga pasangan yg sama-sama cantik. sama-sama kacak.

Mungkin jawapan yg paling sesuai ialah jodoh di tangan Tuhan. Walau apa pun sy mendoakan bg mereka yg memang merancang utk mendirikan rumahtangga agar jodoh anda berkekalan sehingga akhir hayat. Pedulikan paras fizikal dan apa yg org sekeliling kata. Yg penting ialah nilai-nilai yg akan disemai dan dilayari oleh suami dan isteri tersebut. Jika berjaya disemaikan maka harmonilah sesuatu keluarga itu....


Di Sekeliling Kita...

Assalamualaikum...kali ini sy telah membuka satu lagi tajuk di dalam blog ini. Tajuk bg ruangan ini sy namakan sebagai celoteh dari meja pengarang. Kenapa sy letak tajuk ini? Ha.. sebab di ruangan inilah sy akan menceritakan kisah-kisah sampingan dalam hidup sy yg mungkin menarik utk dikongsikan bersama-sama dlm arena penulisan blog sy. Kadang-kadang byk perkara yg berlaku disekeliling kita. Dan byk juga perkara-perkara yg berlaku tetapi tak bisa kita fahami..hehe. Jadi ruangan ini memberikan peluang kpd sy utk menulis seberapa byk persoalan yg timbul di seliling sy. Harapnya kpd sesiapa yg membaca ruangan ini dapatlah memberi sedikit sebanyak pandangan. Akhir kata mari kita sama-sama berkongsi buah fikiran. Mungkin ada sesuatu dpt kita ambil sebagai pengajaran dan sempadan dlm kehidupan seharian kita. Selamat Membaca!!!!!!!!
advertise here
advertise here
advertise here
advertise here