Perjalanan Ke Tianjin

Assalamualaikum.. pengembraan sy kali ini menuju ke Tianjin. Tianjin merupakan sebuah tempat di negara China yg mana permandangannya seakan-akan Itali. Byk bangunan-bangunan yg unik dpt kita lihat di sini. Pengembaraan ke Tianjin ini juga merupakan pengembaraan pertama sy apabila mejejakkan kaki di bumi China ini.

Gambar di atas sewaktu kami berada di teminal kereta api


Perjalanan kami dgn menaiki kereta api memakan mase selama setengah jam kerana kereta api yg kami naiki merupakan kereta api yg paling laju di sini. Pelbagai pengalaman dpt sy saksikan sepanjang perjalanan kami ke sana.


Inilah antara pengalaman pertama mereka iaitu solat di dlm kenderaan


Setelah penat melalui hari siang yg penuh cabaran akhirnya semua urusan yg penting sudah selesai. Antara cabaran yg perlu dilalui ialah pergaduhan dgn pemandu van pelancong, dugaan utk mendapatkan hotel dan sebagainya. Namun kesemua insiden itu tidak sempat utk dirakam. Dan setelah pnt melalui semua itu akhirnya sy dan kawan-kawan dpt berehat setelah masuknya waktu malam.


Inilah antara pemandangan pd waktu malam di Tianjin

Pd pagi esoknya bermulalah edisi sy utk menjelajah ke Tianjin. Pelbagai tempat yg menarik sy kunjungi. Antaranya ialah loceng besar yg digunakan oleh maharaja terdahulu utk membuat pengumuman.


Inilah salah sebuah jam yg terbesar di Tianjin



Dan ini pula loceng yg digunakn utk membuat sesuatu pengumuman


Setelah melihat loceng besar itu, sy dan kawan-kawan melihat pula pemandangan sekitar. Di sana sy sempat lg bermain sedikit permainan. Dan di situ jugalah sy dapat melihat pelbagai jenis makanan yg unik.


Sy sempat bermain permainan ala-ala PLKN ni..hehe


Inilah makanan yg dijual di sebuah pasar mini di sana. Cube teka makanan apa ni??


Setelah habis melawat tempat diatas, sy dan kawan-kawan menuju ke masjid utk menunaikan solat kemudian kami terus ke restoren yg halal utk mengisi perut yg sedikit sebanyak mengeluarkan bunyi ini.


Dua gambar di atas merupakan pemandangan masjid di mana kami semua solat zohor dan asar jamak


Seterusnya apabila kewajipan sudah dipenuhi dan perut pun sudah terlena drpd menyanyi, sy pun meneruskan aktiviti yg telah dirancang iaitu bermain games..huhu. Byk permainan yg kami main. Antaranya ialah buaian yg menyeramkan tu..sy x igt namanya.

Senior sy yg bertanggungjawab dgn keselamatan kami di sini


Antara permainan yg terdapat disitu


Pada waktu malamnya, sebelum kami bertolak pulang kawan-kawan yg lain singgah sebentar di tepi tasik utk bermain permainan. Permainan ini walaupun agak keanak-anakan tetapi mereka sgt menghayatinya.


Inilah permainan yg mereka main pd malam itu


Selepas itu, kami semua bertolak pulang ke hotel dan merehatkan badan. Aktiviti kami hanya tinggal sedikit sahaja utk dilakukan esk.

Keesokan paginya, sy dan kawan-kawan meneruskan aktiviti kami. Tempat pertama yg kami kunjungi pagi itu ialah sebuah tempat yg seakan-akan cerita khayalan kerana byk maskot-maskot yg bertopengkan watak-watak kartun.

Inilah pemandangan depan tempat itu


Seterusnya bagi melengkapkan perjalanan, sy dan kawan-kawan terus shoping. Di sana kami melihat pelbagai aneka barang. Kemungkinan rambang mata di sana, tidak sempat sy nak merakamkan situasi kami di sana. Bagi sy inilah destinasi sy yg pertama di China yg tidak akan sy lupakan. Terima kasih kpd semua pihak yg telah memeriahkan perjalanan ini....

0 comments:

Catat Ulasan

advertise here
advertise here
advertise here
advertise here