Pendakian ke Tembok Besar China

Assalamualaikum... bertemu kita sekali lg dlm blog ini. Kali ini penjelajahan diteruskan lg ke destinasi yg berikutnya iaitu Tembok Besar China atau dlm bahasa lain disebut chang cheng / great wall. Trip penjelajahan kali ini bertarikh 7 November 2009. Ikutilah pengembaraan kali ini...

Pd pagi itu setelah kesemua pelajar BFSU berkumpul di pintu hadapan kampus, kami pun bergerak terus menuju ke Great Wall. Perjalanan ke sana memakan masa lebih kurang 2 jam perjalanan. Setibanya di Great Wall kami mengambil tiket drpd cikgu. Pendakian kami utk sampai ke check point bukanlah sesuatu yg mudah.


Pendakian terpaksa dimulakan dr bawah sebelum dpt melihat great wall

setelah penat lelah berjalan ahirnya baru dpt melihat great wall. Great wall yg sebenar belum lg didaki


Hampir setengah jam berjalan akhirnya bayangan great wall kelihatan di depan mata. Pertama kali menjejak kaki ke great wall sesuatu yg sangat menggembirakan buat kami semua. Namun kerana mengejar masa, kami tidak dapat berlengah di atas. Perjalanan terpaksa diteruskan.


Terus berjalan walaupun penat dan rasa ghairah menjejakkan kaki di atas belum pun hilang


Melihatkan betapa ramainya org yg berjalan di atas great wall ini


Laluan great wall yg berlingkar menjadikan laluan dihadapan dpt dilihat. Jauh lg perjalanan kami


Lg beberapa meter lg sebelum sampai ke check point


Sy semasa di atas great wall


Hampir 2 jam setengah berjalan akhirnya kami pun sampai ke check point. Perjalanan yg mengeluarkan segala kudrat tenaga ini akhirnya berbaloi. Di check point itulah kami semua merehatkan badan dan makan bekalan yg dibawa. Pelbagai aneka juadah yg dimasak oleh pelajar-pelajar yg berbeza. Jadi kami mengambil inisiatif utk bertukar-tukar makanan.


Gelagat antara pelajar-pelajar semasa berada di check point.


Sy sempat bergambar pd batu check point great wall ini


Bergambar ramai-ramai setelah selesai makan dan berehat


Setelah pulih tenaga dan rasa mengah-mengah pun mulai surut, kami pun segera berkemas dan turun. Sebelum itu cikgu memberi kami pilihan sama ada turun berjalan kaki ataupun naik kereta kabel. Kerana melayan kerenah sebahagian besar pelajar yg kepenatan, akhirnya kami semua setuju utk naik kereta kabel.


Gambar ini sempat diambil oleh rakan sy semasa kami menuju ke kauter tiket kereta kabel


Kami berkumpul di hadapan kaunter dan atas arahan Yu Laoshi kami pun memilih pasangan utk menaiki kereta kabel. Setelah membeli tiket kami pun menunggu giliran sebelum menaiki kereta kabel.


Sy semasa menunggu giliran menaiki kereta kabel


Suasana ketika pelajar beratur utk menaiki kereta kabel


Semasa sy hendak memasuki kereta kabel ini, tiba-tiba ada seorang pelajar perempuan yg baru sampai tertinggal kereta kabel. Dia ingin memasuki kereta kabel sy tetapi seorang rakan sy tidak membenarkan. Sy terpikir utk bertukar kereta kabel dgn dia. Biar sy naik sama-sama dgn laoshi. Tetapi pelajar baru itu terlebih dahulu masuk ke kereta kabel laoshi. Sy terfikir macam mana pelajar ini boleh tertinggal kereta kabel?


Pemandangan semasa berada di atas kereta kabel


Setelah tiba di bawah kami sempat lg mencuci mata dan membeli sedikit cenderahati. Tetapi sebenarnya masa pada waktu itu tidak mengizinkan. Namun kami tetap leka membeli pelbagai barangan yg kebetulannya begitu murah di situ. Akhirnya setelah terlalu lama melengahkan masa dgn membeli barang, laoshi telah memanggil kami dan menyuruh kembali ke bas semula dengan segera. Bas pun mula bertolak setelah semua pelajar cukup.

Penjelajahan ke great wall ini sgt mengagumkan sy kerana tidak mampu berfikir bagaimana tamadun manusia dahulu boleh membina tembok sebesar ini. Mungkinkah mereka mempunyai semangat yg kental dan gigih? Kalau begitu kita perlu renung semula diri kita adakah kita juga mempunyai semangat yg kental dan gigih dlm menimba ilmu? Terima kasih great wall...

0 comments:

Catat Ulasan

advertise here
advertise here
advertise here
advertise here