Seharian Dengan Aktiviti Kampus

Assalamualaikum.. tanggal 17 oktober 2009 sy dan rakan-rakan telah memenuhi aktiviti mingguan yg dirancang oleh pejabat Beiwai khas utk kelas kami dan beberapa kelas foreigner yg lain. Kami telah bertolak seawal pagi yg mungkin kerana aktiviti kami agak padat pada hari itu. Destinasi pertama kami ialah sebuah pusat mengukir tembikar. Di sana kami beramai-ramai telah mereka bentuk pelbagai jenis tembikar yg agak kelihatan pelik-pelik di situ. Kaedah mencipta tembikar ini tidaklah begitu sukar kerana pelbagai kemudahan telah disediakan.


Anak murid yg begitu tekun menghasilkan rekaan mereka. Bagaimanakah rupa bentuk rekaan mereka? Itu yg kita tidak tahu

Pelajar membentuk tembikar di atas mesin pemutar tanah liat


Kami menghabiskan masa di pusat ukir tanah liat ini sehingga tengah hari setelah tamat upacara penyampaian hadiah. Malang nasib hari itu kerana tiada seorang pun ahli kelas sy yg menang pertandingan mencipta tembikar itu. Selepas itu, kami bergerak utk makan tengah hari di sebuah restoren besar. Pemandangan di sekitar restoren itu begitu indah sekali kerana terdapat pemandangan hijau yg luas disekelilingnya.


Pelajar berpusu-pusu masuk ke dlm restoren

Dalam perjalanan kembali semula ke bas

Lihatlah sedikit pemandangan hijau yg cantik ini


Oleh kerana masa yg mencemburui kami, tidak sempat sy utk memetik beberapa keping gambar lg pd masa itu. Seterusnya kami berangkat pula ke taman tema olimpik. Di situ kami melihat bagaimana kreativiti mereka yg menguruskan tempat tersebut. Kami agak terlewat sebenarnya melawat tempat itu kerana kebanyakan bunga-bunga telahpun layu dan mula dibuang oleh pekerja-pekerja upahan di situ. Di sana kami telah dibawa pusing-pusing mengelilingi taman tema itu. Pelbagai pemandangan menarik dpt kami lihat ditambah lg faktor pencahayaan matahari yg membantu memperindah panorama taman itu.























































Selepas puas meneroka taman tema dgn kereta yg agak comel, kami pun berkumpul di depan pagar masuk taman itu. Sementara menunggu pelajar lain sy sempat mengambil beberapa keping gambar.


Gambar ini diambil dihadapan air terjun. Mulanya di sekeliling air terjun ini terdapat begitu byk bunga pasu

Kereta ini boleh digunakan secara individu utk melihat persekitaran


Tepat jam 5 petang kami segera pulang ke kampus semula. Secara peribadi sy begitu puas hati kerana dpt melihat sendiri keindahan taman ini. Sebelum ini hanya mampu melihat dikaca televisyen tetapi akhirnya sy dpt melihat sendiri dihadapan mata sy. Insya-Allah sekiranya dimurahkan rezeki sy berhasrat utk melawati stadium yg terkenal di sini iaitu Birdnest.


Sempat berposing ramai-ramai sebelum menaiki bas

0 comments:

Catat Ulasan

advertise here
advertise here
advertise here
advertise here