Menziarahi Bumi Niujie

Assalamualaikum.. setelah hampir seminggu berada di Beiwai kini sy dan rakan-rakan dibawa pula menziarahi sebuah tempat di Beijing iaitu Niujie. Kami dimaklumkan senang utk mendapatkan makanan yg halal di sana. Selepas puas berjalan, kami singgah sebentar di sebuah masjid di Niujie. Masjid ini adalah masjid yg tertua di Beijing. Niu Jie juga adalah sebuah tempat yg majoriti penduduknya ialah Muslim. Sy tidak dapat menyatakan dgn jelas fahaman penduduk islam di sini. Di bawah ini sy sediakan beberapa keping gambar yg sempat diambil semasa melawat masjid Niujie.


Pintu masuk ke dalam ruang solat lelaki

Ruang solat yg mampu memuatkan lebih 100 org jemaah


Sedikit sebanyak maklumat tentang masjid ini ialah ruang solat lelaki dan wanita dipisahkan. Utk pergi ke ruang solat wanita perlu berjalan masuk ke dalam lagi atau masuk ikut pintu pagar di belakang. Selain itu, ruang mengambil wuduk juga sederhana saiznya tetapi akan menjadi sesak sekiranya hari Jumaat atau hari-hari sambutan perayaan Islam.


Beberapa kelompok penduduk sedang belajar membaca al-quran


Kebetulannya semasa kami pergi ke masjid Niujie masa itu ialah bulan Ramadhan dan waktu berbuka pula sudah semakin hampir. Nasib kami juga sangat baik kerana ptg itu kariah masjid ini mengadakan jamuan berbuka puasa. Jd kami dipelawa sekali utk berbuka bersama-sama mereka. Pelbagai juadah enak telah disajikan.


Pak cik- pak cik ini sedang membahagikan makanan

Bergambar bersama-sama mereka sebelum berbuka puasa


Selepas berbuka dan menunaikan kewajipan solat kami pun segera berangkat pulang kerana tidak mahu kemalaman. Pengalaman pertama kali ke Niujie ini akan membuka peluang kepada kami utk pergi semula jika terdapat kesempatan. Insya-Allah...

Bergambar dihadapan masjid sebelum bertolak pulang ke Beiwai

0 comments:

Catat Ulasan

advertise here
advertise here
advertise here
advertise here