Pengalaman Memonteng



Assalamualaikum...sy ada satu cerita yg nak dikongsikan bersama-sama dlm blog ni. Cerita ni secara tiba-tiba singgah di ingatan. Cerita apa ek tu?huhuhu. Hm..satu mlm tu, masa tu sy, md.nor dan afiq dani keluar makan-makan kat pesta. Tempat tu mmg favourate kitorang. Kalau keluar mkn jek mesti makan kat sana. Kebetulan mlm hari tu mlm terakhir afiq dani kat Muar ni. Bahagia pulak afiq dani mlm tu. Yela..time tu dah baik-baik dgn some one tu...huhuhu. Tp yg best mlm tu kami ada ungkit sebuah cerita lama. Bg sy kalau diingat kembali peristiwa tu mmg kelakar.

Peristiwa tu berlaku semasa kami di tingkatan 5. Masa tu ada exam koko. Exam koko ni lebih kpd exam sebelum exam setengah dan akhir tahun. Kiranya dari form 1 sampai form 5 semua ada exam ni. Hari tu merupakan hari kedua exam. Dan pd hari itu juga kami akan menjawab paper biology, fizik, kimia dan bahasa arab. Tapi pagi tu sy dikejutkan oleh md.nor dan afiq dani. Diorang kata ayah nazim dah meninggal dunia dan akan ditanam pagi tu. Lepas tu md.nor bg cadangan utk ponteng exam dan pergi melawat nazim. Sy pn mengiyakan. Hakikat sebenar sy dan md.nor tak ready betul-betul utk paper hari tu. Sbb tu lepas md.nor bg cadangan sy cepat-cepat mengiyakan...hehehe. Kesian afiq dani. Penat dia study betul-betul mlm sebelum exam tu.

Kami bertiga terus je mencapai kata sepakat. Org kata memang sehati sejiwa la time tu. Tp keadaan masa tu menemui kesulitan sedikit kerana motor cuma ada dua. Begitu jugak dgn helmet. Tp kerana keazaman memonteng yg kuat, dlm masa yg singkat sahaja mslh itu dpt diselesaikan. Sy terpaksa meminjam helmet mon (bkn nama sebenar)..hehehe. Awalnya mon kelihatan berat hati utk meminjamkan helmetnya tp setelah kami berjanji utk balik awal akhirnya mon memberikan kebenaran. Kami pun dgn kadar yg segera terus sahaja memecut motor keluar dari perkarangan sekolah. Masa itu lagi 15min sebelum perhimpunan harian bermula.

Lebih kurang jam 7.45 kami pun tiba di rumah nazim. Kelihatan ramai org di rumahnya. Sy dan exco-exco memonteng exam itu dijemput sendiri oleh nazim masuk ke dlm rumah. Namun masa itu tiada siapa pun yg bertanya pada kami mengapa tidak ke sekolah. Yela..datang ke upacara pengebumian dgn memakai pakaian sekolah. Kena pulak ada dua org yg berbaju biru (pengawas sekolah). Kemungkinan nasib kami baik kerana org lain tidak perasan. Suasana di rumah nazim mmg suram. Masing-masing menunggu ketibaan jasad arwah.

Setelah jasad arwah tiba, upacara memandikan jenazah pun bermula. Kemudian setelah lengkap dikafankan kami pun memulakan solat jenazah. Kerana keadaan rumah yg tidak berapa luas maka solat pun terpaksa dilakukan dua kumpulan. Sy dan rakan-rakan memonteng merupakan kumpulan yg kedua solat jenazah. Usai solat, kami pun mengiringi jenazah sampai ke tanah perkuburan Bakri Batu 5. Jenazah dimasukkan ke dalam tanah dan terus dikambuskan. Nazim kelihatan begitu tenang sekali. Mungkin rakan sy ini begitu tabah sekali. Berlainan pula dgn md.nor. Md.nor telah minitiskan air mata lelakinya semasa jenazah dikambuskan. Kalau org lain yg melihat pasti mereka akan terkeliru siapakah anak lelaki jenazah yg sebenarnya..hehehe.

Selesai sudah upacara di tanah perkuburan. Setelah memeluk nazim dan mengucapkan takziah kepadanya kami pun berbincang. "Kita sekarang ni nak buat apa?" kata md.nor...huhuhu. Kami pun merancang utk singgah sebentar ke rumah md.nor kerana jam pada masa itu menunjukkan pukul 11 lebih. Nak kembali ke sekolah takut. Dah la ponteng dua paper. Dan pd masa itu juga paper bahasa arab sedang berjalan. On the way nak ke rumah md.nor kami singgah jap membeli air di kedai runcit. Abg kat kedai tu dah memandang pelik kpd kami. "Ponteng sekolah ke budak-budak ni?". Barangkali itulah pertanyaan yg bermain difikirannya..huhu. Kemudian kami pun memejut laju menuju rumah md.nor.

Perangai kebudak-budakan mula terserlah semasa di rumah md.nor. Setelah sampai di rumah md.nor kami sempat keluar semula utk makan sarapan di kedai yg berdekatan dgn sekolah kami..hehe. Makan nasi lemak dan roti canai..tambah lg air teh tarik secawan. Memang puas hati. Bertepatan dgn makna puas hati dpt ponteng exam..huhuhu. Setelah itu kami pun kembali ke rumah md.nor. Di rumah md.nor kami sempat borak-borak pasal pasangan di hati masing-masing. Sempat kejap la utk bergaduh...huhuhu. Kemudian sy dgn selesanya mencuba kerusi urut di rumah md.nor. Puas berbual kami keluar sebentar di halaman rumah. Sempat jugalah menunjukkan bakat menimbang bola. Masa tu dah tak rasa ponteng sekolah. Rasa macam tengah cuti hujung minggu pula.

Langit mulai gelap dan hujan pun turun. Kami segera berteduh di dalam rumah. Satu jam juga menunggu hujan reda. Tetapi makin lebat pula. Jam menunjukkan pukul 2 ptg. Mon sudah mula menelefon dan menghantar message supaya pulangkan helmetnya...hehehe. Kami tiada pilihan melainkan terus meredah hujan. Ya Tuhan habis lencun baju kami masa itu. Mujurlah tiada apa-apa yg berlaku masa dalam perjalanan balik ke sekolah. Sampai di sekolah mon dah menunggu dgn muka yg garang. (Sori mon, tak sengaja balik lambat)..huhuhu. Kemudian kami segera naik ke kelas utk mengambil beg. Di dlm kelas terserempak dgn ainul hanani yg sedang mengemas mejanya. Kami bertanya pd ainul sama ada cikgu ada cakap apa-apa semasa kami tiada td. Ainul menjawab dgn senyuman (ainul mmg sentiasa senyum je dgn siapa-siapa)..huhuhu. Ainul kata cikgu pelik kenapa beg ada dalam kelas tp tuan punya beg tiada di kelas. Kemudian ainul menyuruh kami mengambil paper arab kat bawah meja. Maknanya soalan dah bocor..hehehe.

Keesokan harinya kami telah dipanggil oleh puan norliya (guru fizik). Kami dimarahi dan diberitahu, "Sy takkan bagi kamu semua ambil semula paper fizik utk exam kali ini dan sy akan beri kamu failed". Benarlah kata puan norliya. Paper fizik kami mmg failed. Sedih yg teramat. Manakala md.nor dan afiq dani dipanggil oleh puan rashidah (guru biology). Mereka dimarahi dan diberi nasihat kaunseling. Sy terlepas drpd dipanggil. Mungkin ada hikmah...huhuhu. Kami bernasib baik kerana dpt mengambil paper biology, kimia dan bahasa arab. Cuma paper fizik sahaja yg tak dpt ambil.

Kes kami memonteng kls hanya beberapa org guru sahaja yg tahu. Tidak dibawa ke pihak atasan. Mungkin utk menjaga nama kami. Terima kasih cikgu sebab memahami kenakalan kami. Itulah guru di sekolah kami yg begitu memahami sikap setiap anak-anak muridnya. Sampai bila-bila pun sy takkan melupakan guru-guru sy. Dan itu juga pengajaran bg kami. Enjoy tetap enjoy tapi jangan sampai melakukan kesilapan besar seperti ini lg. Ingat tu kawan-kawan...huhuhu.

0 comments:

Catat Ulasan

advertise here
advertise here
advertise here
advertise here