Dugaan Bagi Diriku


Assalamualaikum...selepas berehat secukupnya kini sy kembali dlm arena penulisan di sini. Kali ini celoteh dari meja pengarang akan berceloteh tentang pengalaman sy berkunjung ke Kuala Lumpur. Pengalaman ini bagi sy begitu bermakna kerana pelbagai perkara dapat sy pelajari. Perjalanan sy bermula pd hari Sabtu, 31 julai 2010, jam 7.45 am dengan menaiki bas. Namun sehari sebelum bertolak masalah telah mula menyapa sy. Pada mulanya duit yg ada sudah sy rancang dgn sempurna utk kegunaan di Kuala Lumpur nanti. Tetapi seorang kawan sy telah meminta utk meminjam duit itu bagi kegunaan majlis yg akan diadakan pada keesokan malamnya di masjid. Oleh sebab duit itu digunakan utk kebaikan maka sy tidak berfikir lama utk memberi pinjam kepadanya.


Tetapi setelah memberi wang tersebut maka timbul pula masalah kewangan apabila sy di Kuala Lumpur nanti. Tambahan pula pada hari yg sama juga sy telah tersalah membeli tiket. Sepatutnya sy terus membeli tiket ke Kajang. Mudah utk sampai ke Serdang. Masalah kewangan, salah beli tiket dan dicampur lg sy tidak mahir lg berjalan di Kuala Lumpur telah membuat sy memicit kepala utk mengeluarkan idea. Sy mengambil keputusan mengajak seorang kawan yg kebetulan baru balik ke maktabnya utk menemani sy berjalan di Kuala Lumpur. Mungkin dia sudah biasa dgn selok belok di Kuala Lumpur. Jadi bolehlah dia membantu sy sedikit sebanyak. Sebenarnya sy ingin meminjam wang daripadanya juga.


Alhamdulillah, syukur pada Allah dan Rasul-Nya, masalah kewangan dan masalah tidak tahu jalan telah berjaya diselesaikan. Tetapi belum sempat menarik nafas lega sekali lg masalah menimpa sy. Kali ini adik sy menelefon dan meminta sy utk singgah sebentar ke kampus tempat dia belajar. Dengan itu datang lg masalah baru kepada sy iaitu masalah kewangan sekali lg dan masalah tidak cukup masa. Sudahlah sy telah tersalah membeli tiket ke stesen bas di Bukit Jalil. Kali ini sy diminta utk pergi ke Shah Alam pula sebelum dapat bergerak ke Serdang. Suatu perjalanan yg agak jauh dalam masa satu hari. Namun sy tiada pilihan. Akhirnya terpaksa juga sy pergi ke kedua-dua tempat itu. Mujur kawan sy masih lg sanggup menemani sy.


Sy tiba di stesen bas Bukit Jalil tepat jam 10 am. Kemudian tanpa berlengah sy terus mengambil LRT ke Masjid Jamek. Namun sebelum itu sy menelefon kawan sy utk memberitahunya kedudukan sy. Malang nasib sy kerana dia baru bangun tidur ketika itu. Kami telah berjanji utk berjumpa di KL Central. Tepat jangkaan sy, setibanya di KL Central sy terpaksa menunggu selama 10 minit lebih sebelum kawan sy tiba. Kemudian kami terus mengambil KTM menuju ke Batu 3 dengan perut yg kosong. Perjalanan menggunakan KTM dr KL Central ke Batu 3 mengambil masa selama hampir setengah jam. Ditambah lg dengan masa menunggu KTM tiba. Kira-kira hampir satu jam juga masa habis sebelum tiba di Batu 3.


Tepat jam 12.30 tengah hari akhirnya kami tiba di politeknik adik sy belajar. Tetapi sekali lg masa kami dilengahkan kerana masa itu adik sy sedang bermain ragbi. Kami terpaksa menunggu setengah jam lebih sebelum dapat berjumpa dengan adik sy. Setelah urusan semua selesai kami pun menyegerakan diri ke Serdang. Menunggu teksi di kampus adik sy bukanlah sesuatu yg mudah. Penat kami ke hulur dan ke hilir. Hampir 20 minit baru kami dapat duduk di dalam teksi. Perjalanan menaiki teksi ke stesen KTM mengambil masa selama 15 minit dan harga tambang juga meningkat dua kali ganda berbanding harga tambang utk ke kampus adik sy tadi. Sy merasakan mungkin pemandu teksi itu sengaja membawa kami ke stesen KTM Shah Alam daripada stesen KTM Batu 3 kerana inginkan keuntungan lebih. Siapa yg tahu....


Menunggu KTM di Shah Alam menuju ke Serdang mengambil masa yg lama juga. Kami terpaksa ke KL Central terlebih dahulu kemudian menukar stesen KTM dari KL Central ke Serdang. Banyak kerja perlu dibuat. Letih memang letih. Tambah lagi perut pun masih kosong tidak terisi. Sampai sahaja di Serdang sy segera ke UPM dan terus ke Pasaraya Mine. Waktu menunjukkan jam 4.30 pm. Agak kelewatan utk melepaskan hasrat hati.


Kami segera mengisi perut di KFC. Walaupun ayam di situ sudah beberapa kali masuk ke mulut ini dlm bulan ini tetapi bila perut sudah bergendang apa-apa sahaja pun boleh dimasukkan..huhu. Setelah selesai makan kami mengisi masa dengan bermain bowling. Usai mengerja segala aktiviti di Pasaraya Mine kami segera kembali ke UPM dan kemudian terus mengambil KTM pulang. Sy mengambil KTM terus ke Seremban manakala kawan sy pula terus ke KL Central utk kembali ke maktabnya.


Setelah puas menunggu KTM ke Seremban tiba, (masa tu dah dua KTM ke KL Central yg tiba), akhirnya baru sy dapat menaikinya. Setibanya di Seremban sy hampir pasrah apabila semua jurujual mengatakan tiada tiket ke Muar mlm itu. Jam menunjukkan pukul 9 malam. Tiba-tiba ada seorang lelaki yg bertanyakan kepada sy hendak pulang ke mana. Sy menjawab hendak ke Muar tanpa mengharapkan masih ada tiket. Alhamdulillah rupanya tiket masih berbaki lg pada malam itu utk ke Muar. Namun sy harus menunggu selama dua jam sebelum menaiki bas. Sy sebenarnya agak terkilan juga sbb tidak dapat menghadiri majlis kawan sy di masjid pada malam itu.


Bas yg sy naiki malam itu agak kelewatan sebenarnya kerana jam 2 am baru sy tiba di Muar. Sepatutnya boleh sampai awal sedikit tetapi kerana pemandu bas itu terlepas jalan jadi kami terpaksa melalui jalan yg jauh sebelum singgah sebentar di stesen bas di Melaka Sentral. Walaupun kelewatan dan kepenatan namun segalanya sy hadapi dgn redha. Mcm mane sekalipun akhirnya sy tetap sampai di rumah juga...huhu. Teringat pesanan habeeb Murshid bahawa kita perlu redha dgn setiap dugaan kerana setelah kita redha dgn setulus hati barulah datang hikmahnya pada kita. Jadi bagi kita yg sentiasa dirundung dgn pelbagai masalah ataupun kecelaruan, bersabarlah. Jangan terlalu cepat mengeluh. Jangan juga terlalu pantas utk berputus asa. Hadapilah ujian dan dugaan itu dgn tabah. Insya-Allah ada sinar diakhirnya nanti. Senyum-senyumlah selalu...hehehe



0 comments:

Catat Ulasan

advertise here
advertise here
advertise here
advertise here