SEMUANYA BERMULA DI SINI


Perjalanan hidupku telah ditentukan di bumi Beijing ini. Bermula dgn menerima surat tawaran drpd MARA. Selepas itu ibu bapa sy berkehendakan sgt sy belajar di Beijing. Akhirnya sy terpaksa beralah dan melupakan cita-cita sebelum ini demi menurut kehendak ibu bapa. Keberangkatan sy pd 29 Ogos 2009 tepat jam 12.00 am telah ditangisi oleh insan tersayang. Namun demi masa depan pengorbanan harus dilakukan. Segala harapan kini hanyalah kelihatan di Beijing sahaja setelah sy memohon surat keluar dari University Islam Antarabangsa Malaysia. Semasa menerima tawaran ini byk kali sy memikirkan rasionalnya. Mungkin ada betulnya nasihat sahabat-sahabat. Mengikut kehendak ibu bapa mungkin ada hikmahnya nanti. Dan kata-kata itulah yg sy pegang sehinggalah sekarang. Dan kini sy telah menjejakkan kaki di bumi Beijing ini. Ikutilah pengalaman pertama sy menjejakkan kaki di bumi org ini.



Saat ketika ingin menaiki pesawat

Layan headphone sambil mengenang kenangan di Malaysia


Setibanya di Beijing, kami teleh melakukan apa yg patut mngikut arahan senior seperti mendaftar pengenalan pelajar, mendaftar bilik dan sebagainya. Setelah urusan-urusan yg penting telah selesai kami dibawa keluar mengenali tempat sekitar oleh senior-senior.


Bergambar beramai-ramai di depan liu hao laou ( bangunan no.6 )

Inilah katil dan meja belajar saya

Kami dibawa oleh Sudin mengenal tempat-tempat di dlm Beiwai


Pada waktu malamnya pula kami mula membeli sedikit barang-barang di chaoshifa. Pelbagai jenis barangan kecil-kecil kami beli sementara menunggu keesokan harinya kerana Sudin telah berjanji utk membawa kami ke Carrefour.


Membeli barangan secara ala kadar di chaoshifa

Mengisi perut setelah penat berjalan


Keesokan harinya kami telah dibawa pergi ke Carrefour dan di situlah duit kami berhabis. Tp semuanya agak berbaloi kerana barangan keperluan itu kami akan guna lama nanti.


Perjalanan menuju ke Carrefour

Banyak barang yg telah sy beli


Dgn itu bermulalah kehidupan sy sebagai pelajar di Beijing Waiguoyu Daxue ( BEIWAI ) atau lebih dikenali sebagai Beijing Foreign Studies University ( BFSU ). Kini sy harus memandang ke hadapan dan memulakan langkah pertama utk mengejar kejayaan. Ayah dan mak doakanlah kejayaan anakmu ini. Insya-Allah.....

0 comments:

Catat Ulasan

advertise here
advertise here
advertise here
advertise here