Jelajah ke Huang Shan ( Yellow Mountain )

Assalamualaikum.. selang 6 hari setelah menakluki Great Wall kini sy menuju pula ke suatu tempat yg agak indah tanpa ada banyak kereta seperti di Beijing ini. Tempat itu dinamakan Huang Shan. Perjalanan menuju ke Huang Shan ini sebenarnya agak lama. Sy pergi ke sana menaiki kereta api dan memakan masa lebih kurang 10 jam. Setibanya di sana, sy menaiki bas pula utk ke rumah sewa yg mengambil masa selama 5 jam pula. Perjalanan selama 15 jam ni agk memenatkan. Tetapi demi melihat keagungan Ilahi ini sy gagahkan diri juga utk terus melakukan aktiviti yg dirancang.


Permandangan sewaktu di dalam bas

Rumah sewa sy dan rakan-rakan

Kami mengambil gambar beramai-ramai sejurus tiba di rumah sewa

Suasana ketika check-in bilik


Keesokan harinya bermulalah aktiviti yg telah dirancang. Perkara pertama sekali ialah sesi suai kenal dgn beberapa org penting di situ. Kemudian kami diajar utk melakukan senam pg. Hal ini kerana selepas itu kami akan ada aktiviti berjalan sejauh 5 kilometer. Aktiviti ini merupakan anjuran sebuah organisasi. Dan dalam aktiviti ini jugalah beberapa org pelajar Malaysia telah masuk berita di China..huhu.


Gambar bersama-sama rakan semasa aktiviti senaman pagi

Sebenarnya pelajar perempuan la yg paling semangat melakukan senaman pagi ini...huhu


Lihatlah kecekalan mereka...

Keberanian seorang pelajar Malaysia berucap di atas pentas sewaktu perasmian aktiviti


Tarian naga menandakan rasminya aktiviti


Selepas itu aktiviti pun bermula. Kami berjalan sejauh 5 kilometer tanpa rasa sedikit pun penat kerana kami melakukan dgn penuh semangat kesukanan dan enjoy bersama-sama. Sepanjang perjalanan, kami semua dirakam dan mungkin ada yg bertuah telah di interview. Sampai sahaja di garisan penamat kami beramai-ramai telah menurunkan tandatangan beramai-ramai sebagai bukti kami telah menghabiskan kewajipan kami..huhu. Selepas itu kami dijamu makan di sebuah tempat yg lebih kurang seperti homestay.

Kemudian setelah mkn dan bersolat aktiviti kami diteruskan lg dan kali ini kami menaiki bot pula kerana perjalanan kami dr satu tempat ke satu tempat yg lain melalui jalan air. Tempat pertama yg kami kunjungi ptg itu ialah sebuah padang golf. Di situ kami diperkenalkan kepada senaman taichi atau di dlm nama mandarinnya disebut "taijiquan". Seterusnya kami mengunjungi ke taman monyet dan tempat-tempat lain pula yg tidak sy ketahui namanya.


Pelajar-pelajar turun dari bot

Padang golf dimana kami diperkenalkan kepada senaman taichi

Bangunan ini menempatkan sebuah gendang yg terbesar


Keesokan harinya, aktiviti kami bersambung semula. Pd hari itu kami akan mendaki air terjun yg dikatakan cantik dan nyaman udaranya. Betulkah? Itu yg akan kita ketahui nanti. Tetapi sebelum itu kami perlu berjalan sedikit dahulu sebagai pemanas badan sebelum mendaki air terjun tersebut. Sepanjang kami berjalan kaki pelbagai keindahan ciptaan Ilahi dpt kami lihat. Subhanallah Maha Suci Allah.


Sy melihat indahnya suasana sekitar di sini...

Rakan-rakan berjalan sambil menikmati pemandangan ciptaan Tuhan


Akhirnya setelah selesai melakukan aktiviti pemanas badan kami mula mengorak langkah utk melakukan aktiviti kemuncak. Aktiviti ini sangat-sangat ditunggu oleh pelajar-pelajar. Sudah tiba masanya utk kami mendaki air terjun..huhu


Suasana ketika sampai di air terjun

Keindahan air tejun yg dpt dilihat dari prospek kamera

Dan ini pula gambar pelajar berpusu-pusu mengorak langkah berjalan

Enjoy pun enjoy juga..solat tidak boleh ditinggalkan


Selesai sudah mendaki air terjun kami pun kembali semula ke dalam bas. Walaupun tidak mampu sampai ke puncak sudah cukup memuaskan hati semua org. Seterusnya kami bertolak pulang ke Beijing semula dgn melalui proses dan tempoh masa yg sama seperti ketika hendak pergi.

Aktiviti ke Huang Shan ini sudah cukup untuk membuka hati sy dan menyedarkan sy betapa kecilnya manusia di dunia ini. Keindahan yg dipersembahkn daerah Hunag Shan ini cukup membuatkan sy terfikir kenapa perlu kita rosakkan keindahan alam ini? Memori sepanjang 3 hari 2 malam di Huang Shan akan tetap bersemadi dalam hati sy selama-lamanya.

Gambar bersama-sama laoshi pada waktu senja di Huang Shan

Inilah rakan-rakan sekelas sy yg sama-sama ke Huang Shan ini

0 comments:

Catat Ulasan

advertise here
advertise here
advertise here
advertise here