Mengunjungi Bumi Chengde


Assalamualaikum pembuka bicara. Utk ruangan kali ini sy telah memuatkan cerita destinasi sy ke sebuah tempat di negara China ini yg diberi nama Chengde. Chengde merupakan sebuah tempat yg selalu juga dikunjungi pelancong-pelancong asing. Keindahan alam semula jadinya begitu memikat hati kepada sesiapa yg melihatnya. Di sini sy telah belajar mengenal erti hidup. Sy juga dpt mengenal dan mengetahui sejarah kerajaan China yg terdahulu. Belajar mengenai budaya mereka dan cara utk menghormati budaya mereka adalah sesuatu yg sangat menyeronokkan sepanjang berada di sini. Di ruangan inilah sy akan menceritakan pengalaman bersama rakan-rakan seperjuangan yg sama-sama mengunjungi tempat ini.

Perjalanan kami ke sana memakan masa selama 3 jam lebih dr kampus yg kami belajar skrg. Kami bertolak dgn menaiki bas. Sepanjang perjalanan kami lebih byk menghabiskan masa dgn tidur dan berborak-borak. Lihatlah gambar di bawah yg diambil sepanjang perjalanan kami ke Chengde.


Pemandangan Great Wall kelihatan dr sini sepanjang perjalanan kami

Mengambil peluang buat begini semasa bas berhenti mengisi minyak..huhu


Setelah tiba kami terus menuju ke sebuah hotel utk mengisi perut. Seusai sahaja makan kami terus bergerak ke destinasi pertama kami. Destinasi pertama kami ialah sebuah tokong besar. Terdapat beberapa tingkat di dalam tokong itu. Di situ sy dpt mengetahui bagaimana kepercayaan orang-orang di sini. Antaranya mereka mempercayai dgn meletakkan nama anak mereka di atas sehelai kain di tokong itu anak mereka akan dirahmati oleh dewa-dewa.


Kami mengambil gambar sama-sama di depan tokong

Kami bersama-sama Lu laoshi dan Shu Ning laoshi

Sy begitu puas hati berjaya menjejakkan kaki ke tingkat yg teratas sekali


Selepas habis pusing-pusing di tokong itu kami terus bergerak ke sebuah tempat yg agak menarik. Di situlah terdapatnya seketul batu besar yg kelihatan seperti ibu jari. Nama batu itu ialah Thumb of God. Untuk berjalan mengelilingi kawasan itu pelancong boleh memilih utk berjalan kaki, menaiki kereta ( kawan-kawan beri nama roller coster ) ataupun kereta kabel. Sy memilih utk berjalan kaki bersama-sama dgn laoshi. Memandangkan masa itu sy tidak fasih berbahasa cina lg jd sy hanya byk mengangguk apabila laoshi ckp dgn sy..huhu.


Pemandangan dr belakang ketika mengikuti laoshi berjalan kaki


Sepanjang berjalan kaki, byk benda yg dpt sy perhatikan. Pelbagai gambaran yg menarik telah menyapa penglihatan sy.


Ini adalah sebuah bangunan yg digunakan pd masa dahulu

Ada rupa mcm kodok tak batu ini?

Belakang sy itu la yg dikatakan Thumb of God


Setelah melebihi waktu yg dirancang, kami pun bertolak pulang ke hotel. Pd malam itu sebenarnya kami dikehendaki membuat persembahan tetapi kerana kebenarannya kami tidak bersedia utk persembahan disebabkan tidak cukup latihan maka kami memberi alasan kpd cikgu bahawa kami pnt dan mengantuk. Nasib kami agak baik kerana cikgu sgt memahami kerenah pelajar-pelajarnya ini.

Keesokan harinya, setelah check-out dr hotel kami bergerak ke Taman Maharaja. Taman itu begitu besar sekali. Oleh sebab terlalu besar kami menghabiskan masa selama 2-3 jam utk melihat tidak sampai 1/4 drpd keluasan taman itu.


Kami bergambar di hadapan pintu taman tersebut bersama-sama laoshi

Pemandu pelancong kami menerangkan sedikit sebanyak mengenai taman itu. Kami memanggilnya Pian


Tidak melepaskan peluang yg terhidang kami telah mencuba setiap perkara yg kami rasakan terbaru sepanjang hidup kami. Antaranya memakai kostum maharaja zaman dahulu. Lihatlah aksi dan gelagat mereka di bawah.


Bergambar dgn memakai kostum maharaja

Sedikit pengenalan kpd sebuah bilik di taman ini

Salah satu bilik yg terdapat di taman ini.

Bermain kincir air. Kincir air ini dicipta utk mengairi kawasan taman ini

Siapakah diantara mereka yg paling comel sekali?

Ini ialah sebuah menara yg mana di dalamnya terdapat sebuah tokong


Apabila masa bg waktu petang semakin suntuk, kami segera kembali ke bas. Sebelum langit menjadi gelap kami pun bertolak pulang ke kampus semula. Dgn itu berakhirlah penjelahan kami ke bumi Chengde yg mempunyai seribu satu keunikannya.

Byk perkara yg dpt sy perolehi sepanjang berada di sini. Yg mana baik kita jadikan pedoman dan yg mana buruk kita jadikan sempadan. Betullah apa yg dikatakan org. "Mengembaralah utk mencari ilmu kerana ilmu terdapat di merata tempat di dunia ini".

0 comments:

Catat Ulasan

advertise here
advertise here
advertise here
advertise here